Berita Hari Ini

Khidmat Kemaman Shuttle Ditamatkan

KEMAMAN: Perkhidmatan bas bandar percuma Kemaman Shuttle yang diuruskan Pejabat Ahli Parlimen Kemaman penggal lepas ditamatkan serta merta, kelmarin.

Notis penamatan itu dikeluarkan penyelaras Kemaman Shuttle di laman akaun Facebook rasmi mereka.

Menerusi notis itu, Penyelaras Kemaman Shuttle berkata, perkhidmatan bas yang beroperasi pada 1 November tahun lalu itu terpaksa dihentikan.

“Bas ini diuruskan (melalui sewaan dan penajaan) oleh Pejabay BN Parlimen Kemaman.

“Adalah menjadi kesalahan jika ianya terus beroperasi kerana Pejabat Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen BN Kemaman tidak lagi boleh beroperasi kerana kami bukan lagi YB Parlimen di Kemaman, kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat,” kata kenyataan itu, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Perkhidmatan bas percuma itu diperkenalkan bekas Ahli Parlimen Kemaman selama tiga penggal, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery yang bertanding mewakili BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman untuk penggal keempat pada PRU14, Rabu lalu bagaimanapun tewas di tangan calon Pas, Che Alias Hamid.

Menerusi fasa satu yang juga fasa percubaan, Kemaman Shuttle menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma melibatkan laluan sekitar Cukai ke pusat bandar.

Kemudahan pengangkuta itu juga memenuhi kehendak rakyat yang sekian lama medambakan perkhidmatan pengangkutan bas henti-henti yang sudah lama berkubur di daerah ini.

Sejak Kemaman Shuttle diperkenalkan, ia juga terbukti meringankan beban rakyat terutama yang berpendapatan kerana tidak perlu mengeluarkan duit tambang untuk menyewa kenderaan persendirian seperti prebet sapu dan van sapu kerana sememangnya tambangnya mahal.

Perkhidmatan itu juga dirancang diperluaskan ke kawasan lebih jauh meliputi kawasan Dun Air Putih dan Dun Kemasik jika BN menang dalam PRU14.

Bagaimanapun, penyelaras Kemaman Shuttle masih berharap agar bas berkenaan dapat kembali berbakti kepada rakyat pada masa hadapan.

“Terima kasih kepada semua yang menggunakannya (bas). Maafkan kami atas segala kekurangan,” kata kenyataan itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");