Panasnya Hari Ini

Kesal Mahathir seperti dipermainkan DAP: Dr Hilmi

BALIK PULAU – Calon Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya kesal apabila segelintir pemimpin DAP mendakwa parti itu hanya memperalatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik undi orang Melayu.

Menurutnya, lebih dikesali, mereka turut menjadikan Mahathir sebagai bahan jenaka, menuduhnya rasuah dan menamakannya dengan pelbagai gelaran negatif.

Tambahnya, orang Melayu dalam pembangkang dan DAP wajar buka mata dan melihat sendiri dengan perkara tersebut kerana mereka turut diperalatkan seperti Mahathir.

“Saya dah masak sangat dengan cara DAP berpolitik. Orang Cina di Pulau Pinang ini sendiri pun sebenarnya tidak suka dengan cara politik sebegitu. Pendekatan mereka ekstrem dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai hasrat mereka.

“Amat menyedihkan seorang bekas pemimpin negara berusia 93 tahun diperlekehkan sebegitu oleh beberapa pemimpin DAP. Amat tidak patut apabila Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy dalam sesi ceramahnya Sabtu lalu, secara terangan mendakwa mereka tidak pernah lupa dengan perbuatan Mahathir dan menggelarkan sebagai jahat,” katanya.

Dr Hilmi berkata, BN tidak pernah menggunakan cara berkempen seperti itu malah tidak sesekali pernah mengeji mana-mana pihak.

“Saya rasa dah sampai masa rakyat membuat pendirian yang betul dan menterjemahkannya dengan satu sokongan yang padu terhadap BN pada pilihan raya kelak.

“Apa yang berlaku ini perlu kita insafi. Orang Pulau Pinang tahu pembohongan dan putar belit pembangkang. Negeri ini tidak boleh terus dibiarkan ditadbir dengan cara pemimpinnya menanam sifat kebencian dan memperlekeh orang lain,” katanya.

28 April lalu, Ramasamy didakwa membuat pe­ngakuan secara terbuka bahawa Mahathir ha­nya dipergunakan untuk menarik sokongan Melayu terhadap gabungan pembangkang PKR.

Dalam ceramahnya di Seberang Perai itu juga, Ramasamy mendakwa, penerimaan Dr Mahathir dalam gabungan pembangkang PKR bagaimanapun tidak bermakna perkara-perkara lampau yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu akan dipadam begitu sahaja.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");