Panasnya Hari Ini

Masyarakat India Dan Cina Terima Calon BN Parlimen Permatang Pauh

Hasil usaha tanpa henti calon BN Parlimen Permatang Pauh, Datuk Zaidi Said di kawasan itu sejak 4 tahun lalu nampaknya semakin memberi impak positif apabila mendapat respon baik dari masyarakat India dan Cina.

Jelas beliau, masyarakat India dan Cina di Permatang Pauh dilihat dahagakan keprihatinan wakil rakyat di parlimen selain mengharapkan bantuan terutama dalam aspek pendidikan serta rumah ibadat mereka.

“Bagi BN, kita akan bekerja keras seperti biasa, membantu seramai mungkin rakyat di Permatang Pauh.

“Dikalangan masyarakat India saya yakin kali ini kita berada di tahap maksimum sebab belum pernah dalam sejarah masyarakat India disini, mereka menerima peruntukan untuk rumah ibadat sebanyak RM100ribu.

“Tapi kali ini saya berjaya mendapatkan peruntukan dari Perdana Menteri untuk rumah ibadat mereka dan sebanyak 3ribu untuk beberapa rumah ibadat kecil.

Jelas beliau lagi, walaupun ia adalah bantuan berkala tetapi bagi masyarakat India usaha itu adalah satu tindakan yang sangat besar kerana sebelum ini mereka tidak menerima apa-apa bantuan.

Katanya, ada dikalangan masyarakat India yang bercakap bahawa kerajaan negeri ada memberi bantuan lain tetapi tidak bagi rakyat di Permatang Pauh

“Jadi inilah antara sebab yang saya percaya sokongan masyarakat India berada dalam keadaan baik menyokong BN.

Tambah Zaidi, bagi kaum cina pula beliau mengakui bahawa masalah utama mereka adalah keengganan masyarakat cina menerima kehadiran pemimpin Gerakan dan MCA.

“Mereka mengakui bahawa pemimpin Gerakan dan MCA tidak begitu berkesan kepada mereka.

“Ada dikalangan NGO , mereka ini adalah bekas-bekas pemimpin Gerakan dan MCA tetapi disebabkan perpecahan dan sebagainya maka mereka ini membawa diri dan menubuhkan NGO.

“Apabila saya berjumpa dengan mereka dan melihat bagaimana saya berusaha untuk membantu 6 buah SJKC di Permatang Pauh secara konsisten.

“Pendekatan ini saya nampak kali ini masyarakat cina di Permatang Pauh boleh menerima saya.

Justeru katanya, sekiranya mampu mendapat sekurangnya 30% undi masyarakat cina dan 50% lagi undi masyarakat India maka BN akan menang besar di Permatang Pauh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");