Panasnya Hari Ini

Peluang BN cerah di Arau

ALOR SETAR – Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, peluang Shahidan mengekalkan kerusi Arau kepada BN adalah tinggi.

“Perpecahan undi golongan anti BN kepada dua pihak, iaitu Pakatan dan Pas, menyebabkan peluang Shahidan lebih mudah. Namun, jentera Pas mungkin mampu meraih sokongan lebih tinggi jika BN tidak prihatin dengan isu dan keluhan akar umbi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Shahidan perlu bijak menawan hati jentera parti dan sentiasa turun padang menemui pengundi.

“Bersandarkan watak Shahidan yang unik, peluang beliau kekal di Arau adalah tinggi.

“Walaupun Hashim pernah menang di kerusi itu, ia rekod lama, PRU14 tidak boleh dibandingkan dengan PRU13 kerana polanya berlainan dan sukar diramal, terutama dengan fenomena laman sosial yang bersikap lokal dalam sebaran berita dan isu.

“Gelombang politik aplikasi ini mampu merubah pola sokongan dalam satu saat,” katanya.

Md Shukri berkata, Arau merupakan nadi politik Perlis, dan mana-mana parti yang berjaya kuasai parlimen ini dan keseluruhan lima Dun, kemungkinan akan menguasai Perlis.

“Peranan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mewarnai pola sikap pengundi.

Walaupun Perlis sinonim dengan Shahidan, tetapi Asri juga memainkan peranan pembentukan pola anak muda dan masyarakat Perlis,” katanya.

Menurutnya, Parlimen Arau diyakini kekal bawah BN atas faktor Shahidan, bukannya atas faktor sentimen parti sepenuhnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");