Panasnya Hari Ini

‘Saya Tidak Mahu Komen’ – Nong Chik

KUALA LUMPUR – Calon BN Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, enggan memberi sebarang komen berhubung kehadiran Veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz dalam kempen gabungan pembangkang sempena PRU14 di Bukit Katil, Melaka, malam tadi.

“Itu hak mereka dan saya tidak mahu komen,” katanya.

Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tiba di lokasi ceramah pada pukul 9.22 malam meluangkan masa kira-kira lima minit berucap di hadapan para hadirin.

Ini merupakan kemunculan pertama Rafidah dalam siri kempen gabungan pembangkang menjelang PRU-14 selepas beliau lantang mengkritik kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kehadiran Rafidah itu adalah selang beberapa hari selepas penyertaan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam kempen-kempen yang disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di seluruh negara.

Raja Nong Chik berkata, apa yang penting dalam Umno dan BN adalah bersatu dan memperjuangkan apa yang dibawa oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Kita tidak boleh nafikan, kerana agenda BN yang dibuat itu untuk rakyat,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi awal di Dewan Badminton Perkep Bukit Aman, di sini hari ini, lapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, beliau turut menempelak parti pembangkang yang dilihat membangkitkan isu sentimen selain menuduh terdapat pengundi hantu dan sebagainya.

Jelasnya, beliau berharap agar perkara-perkara sedemikian tidak berterusan seperti yang berlaku pada PRU terdahulu.

Turut kelihatan hadir adalah calon Pas untuk Parlimen Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");