Berita Hari Ini

Sifar GST Mulai 1 Jun

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menetapkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar bermula 1 Jun depan.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan pada kadar standard enam peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar peratus itu terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

“Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GST,” menurut kenyataan tersebut lapor Sinar Harian.

“Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar dikehendaki mematuhi penetapan kadar tersebut.

“Pada masa sama, peniaga berdaftar masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya

berkenaan pengeluaran invois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input,” menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan

mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");