Berita Hari Ini

FameLab International 2018: Saintis Malaysia Menang

KUALA LUMPUR: Pemenang juara pertandingan FameLab International 2018, Dr Siti Khairiyah Mohamad Hanafiah ingin teruskan kajian mengenair tuberculosis (TB) atau batuk kering.

Pensyarah Sekolah Sains Biologikal, Universiti Sains Malaysia (USM ) itu berkata, niat utama beliau juga adalah untuk menceburi soalan-soalan asas tentang penyakit itu.

“Saya akan teruskan kajian tentang tuberculosis tetapi juga nak menceburi soalan-soalan asas tentang penyakit itu,” katanya lapor Astro AWANI, sebaik sahaja diumumkan pemenang tahun ini.

Dr Siti Khairiyah juga menyifatkan kemenangan beliau pada pertandingan itu, memberi satu makna baru.

Ia sebenarnya menunjukkan kepada dunia, rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang sains dan teknologi.

Dr Siti Khairiyah diangkat sebagai pemenang selepas juri berpendapat, beliau membawa lebih sekadar kajian mengenai TB, yang merujuk kepada kelantangan suara beliau ketika membentangkan kajian, hingga menangkap perhatian semua hadirin.

Beliau memaklumkan membuat persediaan untuk pembentangan sekitar tiga minggu selepas dimaklumkan mewakili Malaysia, apabila menang di peringkat kebangsaan.

Dr Siti Khairiyah berkata beliau terhutang budi kepada majikannya, dan semua yang terlibat dalam kajian, tidak terkecuali sokongan daripada MIGHT dan British Council.

FameLab adalah pertandingan menguji kemahiran peserta menyampaikan konseps sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam bentuk kreatif dan bahasa yang mudah difahami orang awam.

Bagi peringkat akhir yang diadakan sempena Festival Sains, di Universiti Schecil, United Kingdom, Dr Siti Khairiyah menewaskan 11 peserta lain untuk dinobatkan juara tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");