Perak Hari Ini

Skim Harga Musim Perayaan: Dua Barangan Alami Penurunan

IPOH:Berdasarkan perbandingan harga Skim Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SKHMP) 2017, 15 barangan mencatatkan harga kekal manakala dua barangan mengalami penurunan dan dua lagi menunjukkan kenaikan untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata dua barangan yang mengalami penurunan iaitu bawang putih China dan tomato manakala dua barang yang menunjukkan peningkatan adalah daging lembu tempatan dan ikan Selayang.

“SKHMP hari raya Puasa 2018 bermula dari 8 Jun hingga 22 Jun 2018 dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.Sebanyak 19 jenis barangan yang terlibat di Negeri ini yang dikawal sepanjang tempoh 15 hari skim ini dilaksanakan.

“19 barangan antaranya kategori ayam, daging, telur ayam, sayur, barang kering dan hsil laut,” katanya selepas mengadakan lawatan di selepas perasmian SKHMP di Pasaraya Mydin di Meru hari ini.

Katanya lagi, seramai 213 pegawai KPDNKK ditugaskan memantau setiap lokasi tumpuan orang ramai membeli belah bagi memantau harga barangan pada musim perayaan kali ini.

“Sepajang skim ini berkuatkuasa kita berharap semua pihak terutama peniaga agar mematuhi peraturan ditetapkan akan dijalankan setiap hari bermula hari ini,” katanya.

Terdahulu harga bagi tomato pada SKHMP Hari Raya Puasa 2018 kali ini adalah RM2 harga borong bagi sekilo dan RM3 pada harga runcit berbanding pada tahun lepas iaitu RM3 bagi harga borong dan RM4 untuk harga runcit.

Manakala bawang putih China berharga RM7 (1 kilogram) bagi harga borong dan RM8 bagi harga runcit berbanding pada tahun 2017 harga borong RM14 dan runcit RM15.

Untuk Daging Lembu pada tahun 2017, harga borong pada RM30 dan harga runcit iaitu RM32 dan Ikan Selayang RM6 bagi harga borong dan runcit pada harga RM8 berbanding pada tahun ini RM32 sekilo untuk harga borong dan RM34 untuk harga runcit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");