Perak Hari Ini

Gerakan Keluar BN, Sudah Dijangka

IPOH:”Gerakan mungkin berpandangan tiada gunanya untuk bersama ‘Harimau Yang Tidak Bertaring’ kata,” Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi mengulas tindakan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hari ini mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti bebas yang konstruktif.

Jelas beliau, adalah lebih baik ditinggalkan supaya boleh mencorak hala tuju parti sendiri,

Kata Asmuni, tindakan itu sudah dijangka akan berlaku kerana prinsip UMNO tidak sama rata sebaliknya tindakan dominasi dan kebergantungan kepada kuasa serta kekuatan satu parti.

“Saya sudah jangka akan berlaku kerana saya tengok dalam UMNO itu sendiri tidak menggunakan prinsip sama rata sebaliknya dominasi satu parti dominasi yang lain dan bergantung kepada kekutan dan kekuasaan yang ada,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Adun Manjoi di kediamannya hari ini.

Katanya, kekuatan dan kekuasan BN sudah tiada dan mengakibatkan pelbagai tindakan diambil oleh ahlinya kelak.

“Saya berpendapat Gerakan mungkin berpandangan tidak sebabnya lagi untuk duduk bersama harimau yang tidak bertaring dan mereka boleh berubah mencorak hala tuju parti sendiri mengikut ksesuaian masa yang ada tanpa perlu tunduk pada dominasi pada UMNO lagi,” katanya.

Asmuni turut menjangkakan corak politik negara akan berubah yang mana setiap parti kan bertanding antara satu sama lain dan mengadakan persefahaman.

“Pengundi kini tidak lagi melihat pada faktor parti tetapi kepada kombinasi parti, pendekatan dan calon parti pastinya nanti Malaysia akan berubah sedemikian,” katanya.

Terdahulu GERAKAN dalam satu kenyataan hari ini berkat keputusan keluar daripada BN adalah sebulat suara itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN (CGC).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");