Sukan Hari Ini

Halldorsson Berjaya ‘Kunci’ Messi

MOSCOW: Penjaga gol Iceland Hannes Halldorsson mendedahkan bagaimana dia bekerja keras untuk memberi tekanan terhadap bintang handalan Argentina Lionel Messi untuk menyelamatkan percubaan penalti yang memastikan keputusan seri 1-1 dengan kuasa besar bola sepak dunia.

Halldorsson muncul wira apabila berjaya menepis penalti Messi pada minit ke-63, berjaya meneka bahawa bintang Barcelona akan merembat ke sebelah kanannya.

Pemain terbaik perlawanan itu menyifatkan detik berkenaan yang mengekalkan jaringan terikat 1-1 sebagai ímpian menjadi nyata’ namun berkata ia juga hasil daripada kajian terhadap pemain terbaik tahunan lima kali itu.

“Saya melakukan sedikit kerja rumah kerana saya tahu situasi seperti ini pasti berlaku, kebarangkalian tipis tetapi ia berlaku,” katanya selepas perlawanan di Stadium Spartak di Moscow, lapor BH Online.

“Saya melihat banyak penalti daripada Messi dan saya juga melihat bagaimana reaksi saya selepas beberapa penalti terakhir.

“Saya cuba masuk ke dalam minda mereka, jadi mereka akan berfikir mengenai saya. Firasat saya membayangkan dia akan melakukan seperti ini hari ini.”

Katanya keputusan seri itu sudah dianggap kemenangan buat Iceland yang membuat penampilan sulung ke Piala Dunia namun pernah menyingkirkan England di Euro 2016 untuk mara ke suku akhir.

Halldorsson berkata keputusan dengan Argentina menyamai keputusan seri Iceland menentang Portugal dalam kejohanan seumpamanya kerana ia menjadi batu loncatan untuk mara ke peringkat kalah mati.

“Kami bermain menentang salah satu pasukan terbaik dunia yang memiliki pemain terbaik dunia,” katanya.

Ïa amat penting bagi kami kerana ia membantu kami meraih satu mata yang penting bagi kami untuk melepasi peringkat kumpulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");