Perak Hari Ini

Isu Ijazah MB Perak: “Terpulang Kepada Mereka”

IPOH:”Terpulang kepada mereka,” begitu ulasan ringkas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berhubung isu kesahihan Ijazah Sarjana Muda miliknya yang tular di media sosial.

Malah, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri berhubung perkara tersebut.

Katanya, tiada keperluan untuknya mengulas perkara itu dan biarlah rakyat membuat penilaian sendiri.

“Terpulang kepada mereka, sebab ada juga viral (tular) video mengatakan saya pandai menari, jadi kita serah rakyat untuk menilainya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa nama beliau tiada dalam senarai Universiti Edith Cowan, Perth Australia sebagai pemegang Ijazah Kajian Perniagaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");