Berita Hari Ini

Korea Utara-Selatan Bincang Satukan Keluarga Terpisah

SEOUL: Delegasi Korea Utara dan Korea Selatan bertemu hari ini untuk berbincang tentang rancangan menyatukan semula keluarga dari kedua-dua negara yang terpisah sejak Perang Korea.

Penyatuan yang pertama dalam tempoh tiga tahun itu merupakan antara langkah yang dijanjikan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in bagi memperbaiki hubungan ekoran program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

“Kami perlu berusaha menghasilkan keputusan yang baik hari ini dengan meletakkan kepercayaan dan bertolak ansur antara kami,’’ kata ketua delegasi Korea Utara, Pak Yong Il, sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia.

Para pegawai Korea Selatan menggesa penyatuan itu disambung semula sebagai `isu hak asasi manusia dan kemanusiaan’ memandangkan kebanyakan individu yang terlibat berusia dalam lingkungan 80-an.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");