Panasnya Hari Ini

‘Muhasabah Diri Supaya Tak Dihukum Lagi’

KUALA LUMPUR: Penerimaan baik rakyat terutama golongan muda terhadap Khairy Jamaluddin selama ini menguatkan pandangan terhadap kemampuan Ketua Pemuda UMNO itu membawa perubahan dalam parti.

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata keputusan Ahli Parlimen Rembau itu tepat pada masanya bagi memperkasakan semula parti itu selepas Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Fathul Bari berkata, keputusan Khairy merebut jawatan Presiden UMNO wajar disokong demi kelangsungan UMNO.

“Bukan netizen di media sosial saja banyak bercakap mengenai keupayaan beliau memimpin UMNO, bahkan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut senada.

“Walaupun sesetengah pihak mengatakan itu kenyataan politik, namun rakyat akar umbi berpendapat ini yang perlu diambil kira oleh UMNO,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Tanpa menidakkan kewibawaan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, merebut jawatan sama, Fathul Bari berkata, UMNO perlu bermuhasabah dalam mengimbangi kehendak ahli parti dan rakyat.

“Dalam proses pemilihan UMNO selama ini, kebanyakan kita melihat susunan siapa ketua dalam parti dan berbincang dengan ahli. Akibatnya kita ‘dihukum’ oleh rakyat secara berperingkat dalam pilihan raya 2008, 2013 dan 2018.

“Kita perlu muhasabah untuk mengimbangi apa yang ahli parti mahu. Mereka adalah akar umbi pendukung kita, tetapi pada masa sama ambil kira pandangan dan apa rakyat nak,” katanya.

Mengenai kemungkinan berlaku perpecahan lebih besar dalam UMNO kerana persaingan antara calon muda dengan pemimpin berpengalaman, beliau mahu ahli parti berani membuat perubahan.

“Saya harap dengan keputusan Khairy bertanding jawatan presiden, teori ‘warlod’ dihapuskan, amalkan demokrasi segar untuk baiki parti. Kita bertanding sebagai satu keluarga dan saling menghormati.

“Tak perlu nak aibkan, buka cerita lama dan sebagainya. Malah, bagi saya Khairy tiada akan rugi apa-apa (jika kalah) dalam usia masih muda untuk buat perubahan.

“Faktor umur bukan isu besar kerana Dr Mahathir 92 tahun jadi Perdana Menteri. Kalau orang muda nak ambil, tidak ada masalah kerana soalnya apa yang rakyat hendak, parti jangan ‘syok’ sendiri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");