Perak Hari Ini

Perak Sumbang RM5 Juta Kepada Tabung Harapan Malaysia

IPOH:  Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima sumbangan RM3.5 juta daripada syarikat korporat tempatan, yang akan diserahkan kepada kerajaan persekutuan untuk Tabung Harapan Negara.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, sumbangan itu merupakan nilai terbesar yang diterima kerajaan negeri, setakat ini.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut ia telah menjadikan negeri Perak berjaya menghulurkan sumbangan sebanyak RM5 juta.

“Kita bersyukur kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang kehadapan, menyahut apa yang telah diumumkan Perdana Menteri untuk bersama-sama kita berusaha mencari jalan bagi menyelamatkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan untuk Tabung Harapan Malaysia berbentuk cek di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pagi tadi.

Syarikat pengedaran kereta mewah negeri Perak, Tian Siang Holding yang diwakili pengarahnya, Tan Ka Kin menyerahkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada Menteri Besar.

Syarikat Choo Bee Metal IndustryBerhad pula menyerahkan sumbangan bernilai RM500,000.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negeri Perak, Datuk Liew Sew Yee menyampaikan sumbangan bernilai RM2 juta dan RM26,000 daripada Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Hilir Perak.

Menerusi akaun twitter rasmi Kementerian Kewangan, dilaporkan sehingga jam 3.00 petang semalam, nilai kutipan Tabung Harapan Malaysia kini hampir mencecah RM50 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");