Perak Hari Ini

Siti Nurhaliza, Tok Aba Antara Keistimewaan Di MAPS Syawal Ini

IPOH: Movie Animation Park Studios (MAPS) bukan sahaja terpilih menjadi lokasi penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri namun pelbagai aktiviti menarik turut menanti para pengunjung taman tema ini sepanjang syawal.

Bertemakan ‘Funtasy Raya’ pelbagai aktiviti disediakan serta kemunculan istimewa artis nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menemui pengunjung MAPS pada 23 Jun ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MAPS, Mohd Farid Abdul Aziz promosi tersebut berlangsung selama 9 hari bermula 16 hingga 24 Jun ini yang menyediakan pelbagai aktiviti persembahan dan permainan menarik istimewa buat pengunjung.

“Kita akan sediakan persembahan seni silat, malah karakter animasi Tok Aba akan muncul di MAPS dan bertemu kanak-kanak memberi duit raya, manakala pada 17 Jun iaitu sempena hari bapa ada penampilan istimewa artis Cat Farish dan bintang ceria megastar,” katanya semasa majlis berbuka puasa dan pra pelancaran Funtasy Raya di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Menteri Besar Perak Ahmad Faisal Azumu turut beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Bakal memeriahkan suasana syawal nanti di MAPS iaitu kehadiran artis terkenal seperti Wany Hasrita, Tajul,Khai Bahar dan Haqiem Rusli.

MAPS juga turut bekerjasama dengan pihak PETRON, PLUS dan CELCOM yang menawarkan pelbagai tawaran serta diskaun menarik buat pelanggan masing-masing.

Bagi pemegang kad keahlian Pmiles dan PLUSMiles ahlinya akan memperolehi tiket berharga RM45 (dewasa) dan RM40 (kanak-kanak,warga emas) apabila membeli tiket secara terus di kaunter MAPS.

Pada harga RM250, pelanggan Celcom yang membeli pakej CELCOM-MAPS ini berpeluang mendapatkan empat tiket dengan tawaran hebat iaitu RM45 (Dewasa) dan RM40 Kanak-kanak/warga emas) atau memilih empat t-shirt dengan rekaan unik serta botol minuman untuk dibawa pulang.

Bagi yang ingin pulang ke kampung pelanggan Celcom turut ditawarkan pakej penginapan di Casuarina@Meru, dengan harga hanya RM410 yang juga berhampiran dengan MAPS.

Promosi tersebut turut disediakan dengan empat tiket MAPS (2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak / Warga Emas) dan hanya boleh didapati menerusi laman web MAPS (mapsperak.com) serta pakej bagi hotel tertakluk pada tempoh yang ditetapkan dari 16 Jun hingga 30 September 2018.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman rasmi MAPS di www.mapsperak.com atau di laman Facebook.com/mapsperak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");