Berita Hari Ini

Tak Setuju Pemimpin Bezakan Rakyat

KUALA LUMPUR:Peruntukan RM100 juta bagi pembangunan kampung hanya melibatkan negeri Pakatan Harapan (Harapan) perlu disemak semula.

Ketua Srikandi Keadilan Selangor, Nurainie Haziqah Shafii, berkata, beliau tidak bersetuju kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun yang disifatkan lari daripada prinsip utama yang didukung Harapan.

Menurutnya, tindakan pemimpin yang membeza-bezakan rakyat adalah tidak wajar.

“Sejak awal penubuhan, prinsip utama yang didukung Harapan untuk memastikan hasil negara adalah untuk rakyat diagihkan secara adil tidak mengira fahaman parti politik.

Kerajaan Harapan adalah kerajaan untuk semua rakyat Malaysia. Pemimpin Harapan harus mendukung dan menjunjung prinsip tatakelola dan pentadbiran yang adil, berintegriti dan telus untuk rakyat dan negara,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Justeru ujar beliau, cadangan berkenaan perlu disemak semula.

“Saya berharap agar tiada pimpinan Pakatan Harapan yang cuba membeza-bezakan dan mendiskriminasikan rakyat berdasarkan ideologi politik dan memastikan kerajaan ini adalah kerajaan dari rakyat, untuk rakyat dan bersama rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad turut senada dan menuntut agar Rina menarik semula kenyataan keputusan itu.

Ketua Pemuda PKR itu berkata, ia amat bertentangan dengan prinsip Kerajaan Harapan.

“Kita harus jadi kerajaan untuk semua. Orang Harapan, BN, Pas, GPS dan tiada parti,” katanya.

Rina mengeluarkan kenyataan Kementeriannya akan memperuntukkan dana berjumlah RM100 juta untuk pembangunan kampung dan buat masa sekarang hanya untuk negeri bawah pentadbiran Harapan dan sedang mengkaji mekanisme saluran dana ke negeri pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");