Berita Hari Ini

Tiada Lagi Peminjam PTPTN Disenarai Hitam

Proses pengeluaran 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selesai sepenuhnya pada 8 Jun lalu, dua minggu lebih awal dari jangkaan 15 Jun.

Selepas selesai proses berperingkat sejak 24 Mei lalu itu, seramai 1.8 juta peminjam yang patut membuat bayaran balik layak ke luar negara, memperbaharui atau membuat pasport baharu tanpa sekatan imigresen.

“Ini sekali gus menepati janji 100 hari manifesto kerajaan kepada masyarakat Malaysia yang merupakan peminjam PTPTN,” menurut perbadanan itu dalam kenyataan petang ini.

Sementara itu, PTPTN juga mengumumkan akan menutup sepenuhnya kaunter di KLIA2 mulai 1 Julai depan sebagai “simbolik tiada lagi keperluan untuk pelepasan senarai hitam Jabatan Imigresen”.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");