Berita Hari Ini

‘Tiada Tindakan Ke Atas Pelancong Yang Menari Di Masjid’

Kerajaan negeri Sabah hari ini memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas dua pelancong yang dirakamkan ‘menari’ di hadapan Masjid Bandaraya di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Akhbar The Star memetik exco pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Sabah, Christina Liew sebagai berkata kerajaan negeri memutuskan untuk tidak meneruskan kes berkenaan di mahkamah kerana percaya pelancong berkenaan tidak menyedari keterlajuran tindakan mereka.

“Tetapi kami mahu mengenal pasti dan mendenda mereka supaya kami dapat menjelaskan apa yang di anggap mereka sebagai ‘suka-suka’ sebenarnya tidak sopan dan tidak diterima di Sabah, terutamanya di tempat ibadat,” katanya.

Liew, yang juga adalah timbalan ketua menteri, berkata mereka juga akan mendenda pemandu pelancong yang membawa wanita berkenaan ke masjid pada hari itu.

“Kami ingin mengingatkan dan memberi amaran kepada semua pengendali pelancongan untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka supaya tidak bertindak dengan tidak senonoh di tempat suci, rumah-rumah ibadat dan peka dengan budaya di Sabah,” kata Liew.

Beliau berharap insiden seperti itu tidak akan diulang.

Pada 24 Jun, Ahad lalu, sebuah klip video yang memamparkan dua wanita, yang dipercayai sebagai pelancong, menari dan bertindak secara “kurang sopan” di masjid berkenaan menjadi tular.

Sehubungan itu, pihak pengurusan masjid kemudian melarang pelancong daripada melawat bangunan berkenaan.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");