Perak Hari Ini

Ahmad Faizal Angkat Sumpah Ahli Parlimen Tambun

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu pagi tadi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun bagi sidang Dewan Rakyat penggal ke-14, di Ibu Negara.

Ia disempurnakan dihadapan Speaker yang baharu dilantik, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri dan juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak itu merupakan antara 98 muka baharu daripada keseluruhan 222 Ahli Parlimen.

Pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 5,320 undi.

Ahmad Faizal berjaya mengalahkan penyandang kerusi tersebut Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah daripada Barisan Nasional serta calon Pas, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria.

Bertanding pada kali pertama, beliau juga turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang dengan majoriti 39 undi, dalam pertembugan tiga penjuru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");