Berita Hari Ini

BERSIH Alu-alukan Perubahan Sikap SPR

BERSIH mengalu-alukan “perubahan sikap” Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghantar wakil menghadiri majlis pelancaran laporan pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Pengarah eksekutifnya Yap Swee Sang memuji kehadiran wakil SPR itu sebagai “bersejarah” dengan menyifatkannya sebagai petanda perubahan sikap terhadap badan awam.

“Kita harap perubahan sikap ini tidak bersifat sementara, namun berpanjangan untuk membuka jalan kepada kerjasama antara SPR dan badan awam bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih yang akan mengukuhkan demokrasi negara kita,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Menurut Yap, sikap itu dialu-alukan terutamanya apabila mengambil kira Ketua Pengarah SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang enggan berjumpa dengan badan pendesak pembaharuan pilihan raya itu sebelum PRU ke-14 lalu.

“Hashim tidak pernah berjumpa BERSIH sama sekali sejak mengambil alih SPR. Kami pernah memohon untuk berjumpa beliau sekurang-kurangnya dua kalu berhubung PRU ke-14 pada 2018,” katanya.

Jelas Yap, SPR bagaimanapun yang pertama mengambil inisiatif bagi menjemput BERSIH menjadi pemantau pilihan raya dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis bulan depan.

“Kami tidak minta. SPR yang menjemput kami menjadi pemerhati,” katanya.

Khamis lalu, Yap mengesahkan SPR bersetuju membenarkan BERSIH menghantar 38 pemerhati pada PRK Sungai Kandis 4 Ogos depan.

Kekosongan kerusi parlimen itu susulan penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pada 2 Julai lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");