Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Rasmi Muzium Telegraf Pertama Di Asia Tenggara

TAIPING: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diringi Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan mencemar duli, berangkat ke Majlis Perasmian Muzium Telegraf, di sini.

Turut berangkat mengiringi Baginda, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain.

Yang hadir, Pengerusi Telekom Malaysia (TM), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob serta Pengarah Yayasan Telekom Malaysia (YTM), Abd Hamid Hashim.

Usai Sultan Perak berkenan merasmikan majlis sekitar jam 11.30 pagi, Baginda diringi Raja Permaisuri berkenan berangkat melawat muzium tersebut kira-kira satu jam setengah.

Muzium Telegraf pertama di negara dan di Asia Tenggara ini pada asalnya merupakan sebuah pejabat telegraf, sebelum kerja-kerja membaik pulih fasa pertama bermula dan siap pada tahun 2016.

Dengan peruntukan sekitar RM5 juta, Telekom Malaysia (TM) kemudiannya melengkapkan hiasan dalaman yang mana ianya dimulakan pada Julai 2017 dan siap pada awal Februari tahun ini.

Kerja-kerja membaik pulih melibatkan penggantian beberapa struktur tingkap, lantai serta kayu bangunan manakala, bentuk bangunannya pula dikekalkan.

Muzium Telegraf tersebut juga dilengkapi dengan lebih daripada 100 barangan komunikasi telegraf yang pernah digunakan telekom, untuk tatapan umum, khususnya, golongan muda.

Bangunan yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak semasa pentadbiran Residen British, Sir Hugh Low pada tahun 1883 dan siap pada 1885 itu, telah menelan kos sebanyak 4,070 dolar Selat ketika itu.

Tiket masuk ke Muzium Telegraf itu berharga RM8 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak serta, RM15 akan dikenakan bagi pengunjung bukan warga negara Malaysia.

Bersempena pelancaran Muzium Telegraf, TM turut bekerjasama dengan Pos Malaysia mengeluarkan kit koleksi setem edisi terhad menampilkan muzium itu yang boleh didapati di 98 pejabat pos seluruh negara pada harga RM50.80.

Telegraf merupakan mesin yang menggunakan teknologi telegrafi bagi mengirim pesanan dari jarak jauh menggunakan kod morse yang dipanggil telegram dan merupakan alat komunikasi terkenal pemakaiannya sebelum telefon jarak jauh diperkenalkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");