Perak Hari Ini

Cadangan Jadikan Pangkor Pulau Bebas Cukai Masih Diteruskan

IPOH: Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan kepada pelaksanan menjadikan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri masih meneruskan cadangan tersebut.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai status perancangan pulau tersebut pada sesi pergulungan persidangan pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya senarai barangan bebas cukai dan pelaksanaan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai masih dalam peringkat kajian oleh Kementerian Kewangan.

“Kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyokong apa sahaja usaha untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia,” katanya.

Terdahulu timbul dakwaan mengatakan projek itu tidak dilaksanakan selepas kerajaan negeri diterajui pentadbiran baru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");