Berita Hari Ini

Dr M: Projek Dengan China Perlu Manfaatkan Malaysia

Menjelang kunjungannya ke China, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi hasrat Malaysia untuk merundingkan pembatalan dua projek infrastruktur dengan syarikat republik itu yang ditandatangani oleh pentadbiran BN sebelum ini.

Dalam wawancara bersama The Associated Press, Dr Mahathir berkata beliau ingin mengekalkan hubungan baik dan mengalu-alukan pelaburan China selagi projek itu memberi manfaat kepada Malaysia.

Pada masa yang sama, Dr Mahathir juga menjelaskan rancangan kerajaan untuk menangguhkan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip yang dikendalikan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) di bawah Kementerian Kewangan.

“Kita tidak fikir kita perlukan dua projek itu. Kita tidak fikir ia berdaya maju. Jadi kalau boleh, kita mahu batalkan projek itu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Pentadbiran Dr Mahathir setakat ini menggantung projek dengan China yang melibatkan hampir RM90 bilion.

Beliau juga dilihat bersungguh-sungguh untuk tidak meneruskan projek-projek berkenaan kecuali harganya diturunkan.

Ini termasuklah ECRL yang dikatakan bernilai RM80 bilion yang melibatkan China Communications Construction Company (CCCC) dan dua projek saluran paip iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) yang bernilai RM9.4 bilion dan dianugerahkan kepada Biro Saluran Paip Petroleum China (CPPB)

“If scrapping the projects altogether isn’t doable, Malaysia will need to at least put them on hold until the future, where perhaps the need will arise,” Mahathir was further quoted as saying.

“Jika tidak dapat membatalkan projek, Malaysia sekurang-kurangnya perlu menangguhkan projek-projek itu,” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");