Perak Hari Ini

Pusat Sindrom Down Ipoh (PSDI) Anjur Jamuan,Konsert Amal Kumpul Dana Operasi

IPOH:Pusat Sindrom Down Ipoh (PSDI) atau lebih dikenali sebagai Kelab Kiwanis Bandaraya Ipoh bakal menganjurkan makan malam dan konsert amal yang diberi di Restoran Unique Seafood Ipoh pada 18 November untuk mengutip dana operasi pusat tersebut yang dianggarkan sekitar RM100,000 setahun.

Makan malam tersebut menyasarkan kutipan dana sebanyak RM100,000 daripada pelbagai pihak termasuk individu persendirian dan syarikat swasta.

Exco Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat,Wong May Ing berkata dana tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan operasi pusat berkenaan yang mampu menempatkan sejumlah 35 kanak-kanak sindrom down untuk mendapatkan pendidikan yang khusus.

“Penganjuran makan malam dan majlis amal ini merupakan acara tahunan kelab Kiwanis untuk mengumpul dana operasi pusat ini malah orang ramai boleh menyumbang secara bulanan dan tahunan juga.

“Pusat ini membuka ruang kepada sumbangan sebanyak RM80 sebulan dan RM960 sumbangan bagi setahun kepada semua yang sudi menjadi ‘guardian angle’ membantu pelajar istimewa di sini,”katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert amal tersebut hari ini.

Konsert tersebut bakal menampilkan penyanyi seperti Wendy Woo peserta The Voice of China musim 3,penyanyi dari Taiwan Jovean dan penyanyi tempatan.

Katanya lagi Kiwanis yang telah beroperasi selama hampir 12 tahun itu tidak bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hanya mengutip sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Kerajaan negeri menyarankan semua pihak terutama syarikat swasta supaya boleh tampil membantu penting pusat sebegini dan memberi tumpuan serta kesedaran mengenai sindrom down.

“Kiwanis menyediakan satu pusat mempelajaran bagi anak-anak sindrom down berumur 2 bulan hingga 12 tahun untuk belajar berdikari dan pusat ini lengkat dengan peralatan pelajaran yang diimport daripada Jerman,” katanya.

Pusat Sindrom Down Ipoh di Persiaran Bercham Selatan 27,Taman Sri Kurau ini dibuka pada jam 8 pagi hingga 5 petang dan menyediakan pelbagai latihan khusus buat kanank-kanak istimewa ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan untuk jamuan amal tersebut boleh menghubungi pihak penganjur (012-5087238 Stephanie) (012-5017277 Sam) dan sumbagan (016-5013333 Ng Bee Keong) dan penjualan tiket telah dibuka kepada semua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");