Panasnya Hari Ini

Anwar Dedah Panggilan Najib Pada 9 Mei

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan cuba mengatur strategi untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah pada malam kejatuhan mereka, 9 Mei lalu.

Perkara itu didedahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi wawancara bersama ThaiPBS.

Menerusi temubual itu, Anwar mendakwa, dalam perbualan telefonnya bersama Najib, bekas Presiden Umno itu berterusan bertanya perkara yang dikaitkan sebagai percubaan untuk mengatur strategi berkenaan.

Disebabkan itu, Anwar meminta Najib untuk mengemukakan permintaannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu bakal menjadi perdana menteri.

“Beliau (Najib) berterusan berkata, terdapat kemungkinan untuk mengatur sesuatu kerana kami (BN) tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

“Akhirnya, saya kata, kamu perlu sedar, secara teknikalnya saya di dalam penjara. Ini akan jadi panggilan terakhir kamu kepada saya. Selepas ini, kamu perlu berurusan dengan Mahathir. Kemudian beliau terkedu seketika,” katanya dipetik menerusi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada pintu rundingan ditutup sepenuhnya untuk kemungkinan bekerjasama dengan BN, Anwar berkata, mesej yang ingin disampaikan kepada Najib adalah beliau perlu mengaku kalah.

“Namun, beliau enggan (mengaku kalah) sehinggalah keesokan harinya sekitar jam 11 pagi dan malah masih cuba berkeras.

“Sebenarnya ini kerana kesombongannya yang menyebabkan tindak balas sebegini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");