Perak Hari Ini

Badminton Sukma 2018: Ying Ying Bawa Perak Ke Final

IPOH: Pemain badminton perseorangan wanita Perak, Lee Ying Ying berjaya menempa tempat ke peringkat akhir apabila menundukkan wakil Negeri Sembilan, NG Qi Xuan 2-0, dalam acara separuh akhir badminton wanita perseorangan di Arena Badminton Perak, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini, hari ini.

Pada set masa pertama, jaguh perseorangan badminton wanita kebangsaan itu pada awalnya terpaksa berhadapan dengan aksi lawan yang agak tangkas namun dia mula bangkit dan berjaya memungut mata 21-17.

Momentumnya diteruskan Ying Ying pada set kedua apabila Qi Xuan terpaksa akur dengan kekuatan permainan tuan rumah apabila tewas dengan mata 11-21.

Dalam aksi perlawanan yang sama, rakan senegerinya, Eoon Qi Xuan pula tewas kepada pemain perseorangan Negeri Sembilan, S.Kisona 2-0.

Pada set pertama lagi, Negeri Sembilan berjaya mempamerkan aksi perlawanan yang terbaik apabila berjaya menundukkan Perak 21-13.

Qi Xuan cuba bangkit pada set kedua namun S.Kisona tidak langsung memberinya peluang apabila Negeri Sembilan berjaya memperolehi mata 21-19.

Acara akhir badminton perseorangan wanita akan berlangsung esok di Arena Badminton Perak, Kompleks MBI, pada jam 2.50 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");