Panasnya Hari Ini

Dr M Nafi Arah Pihak Berkuasa Bertindak Pada Pemimpin Umno

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan beliau mempergunakan pihak berkuasa untuk menyiasat pemimpin dan anggota parlimen Umno tertentu.

Beliau menegaskan pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan.

“Kebetulan mereka (pemimpin Umno) adalah orang yang membuat kesalahan. Jika anggota Umno tidak melakukan jenayah, mereka tidak akan disiasat.

“Pihak polis tahu apa yang mereka buat… mereka menyiasat ramai orang yang hidup di luar kemampuan mereka, manakala orang ramai menuduh mereka dengan macam-macam perkara.

“Saya tidak peduli siapa mereka… jika mereka melakukan jenayah, tanpa arahan saya sekali pun pihak polis akan bertindak… itu memang kerja mereka,” kata Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas tuduhan pemimpin Umno, Datuk Lokman Noor Adam yang mendakwa Mahathir menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla) sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang baru bagi mengekang musuh politik.

Lokman turut mendakwa Mahathir mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Shukri Abdull untuk menyiasat pihak tertentu, termasuklah MP yang dipercayai menerima dana daripada bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas pertemuannya dengan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini, Dr Mahathir berkata tidak timbul perbincangan soal beliau keluar Umno dan menyertai BERSATU.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");