Perak Hari Ini

MAIPk Diminta Siasat Tindakan Halang Pengebumian

IPOH:Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) diminta menyiasat dan menghentikan tindakan segelintir pihak yang menghalang pengkebumian ‘orang luar’ di mana-mana tapak perkuburan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata setakat ini terdapat dua kes telah dikenal pasti yang mana pihak pengurusan kubur tidak membenarkan orang luar dari kawasan tersebut dikebumikan di tanah perkuburan kawasan mereka.

“Tanah perkuburan adalah terbuka untuk pengebumian mana-mana pihak yang telah meninggal dunia tak kira dia orang luar ataupun orang mana yang meninggal di situ atau dari luar.

“Contohnya arwah tinggal di Kuala Lumpur tetapi berasal dari kampung itu dan keluarga berhasrat mengkebumikan jenazah dekat dengan keluarga walaupun telah berhijrah ke tempat lain jadi kenapa mesti dihalang,” katanya.

Katanya lagi, timbul juga keadaan yang mana pengurusan kubur di kawasan itu menghalang pihak luar dengan alasan tapak kubur itu penuh sebaliknya jika tapak itu diwakafkan khas pihak tersebut perlu menunjukkan bukti dokumen.

“Kesemua tanah perkuburan didaftarkan dibawah MAIPk sebagai tanah wakaf jadi saya minta pihak MAIPk melihat perkara ini dan menghentikan amalan yang menghalang mana-mana jenazah Orang Islam yang mereka pilih untuk dikebumikan di situ,” katanya selepas hadir pada program gotong royong di Kampung Tengku Hussein Manjoi hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");