Berita Hari Ini

Ramkarpal Mahu Bekas IGP Disiasat Kerana Menghasut

Ia susulan dakwaan Hanif bahawa DAP pernah meminta agar semenanjung Malaysia dibahagi dua antara Melayu dan Cina.

“Saya juga menggesa polis menyiasat Hanif atas dakwaan hasutan kerana kenyataannya jelas mempunyai niat untuk melaga-lagakan kaum, terutamanya Melayu dan Cina.

“Saya ingin menegaskan kenyataan Lim bahawa dakwaan Hanif tidak berasas dan dibuat dengan niat memburukkan Lim,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ramkarpal, yang juga merupakan pengerusi biro undang-undang DAP, berkata beliau akan mengeluarkan surat tuntutan terhadap Hanif pada Rabu ini selepas Hanif tidak memohon maaf atas dakwaannya itu.

Hanif pada Khamis lalu dipetik Sinar Hariansebagai berkata bahawa beliau memenjara Lim ketika menjadi ketua polis kerana DAP mahu membahagikan semenanjung Malaysia mengikut kaum.

“Masa itu Parti Perikatan bentuk Barisan Nasional sebab pada masa itu negara kita hampir hancur. DAP pula minta Malaya dibahagi kepada dua.

“Pantai Timur kepada Melayu dan Pantai Barat kepada Cina. Jadi jawapan saya macam mana? Saya masukkan Lim Kit Siang dalam penjara.

“Dua tahun dia dalam tu. Itu cara dia cara Hanif ambil tindakan semasa menjadi Ketua Polis Negara,” katanya dipetik sebagai berkata pada suatu majlis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

Sementara itu, awal hari ini, Ramkarpal mengesahkan menerima arahan daripada Lim untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang terhadap Hanif.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya menerima arahan daripada Lim untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Hanif susulan kegagalannya menjelaskan dan membuktikan dakwaan terhadap DAP,” katanya.

Lim sebelum ini memberikan masa 48 jam kepada Hanif untuk menjelaskan dan membuktikan dakwaannya terhadap DAP.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");