Panasnya Hari Ini

Semua Pihak Perlu Hormati Perjanjian – Nurul Izzah

BANGI: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mahu semua pihak menghormati proses peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, semua parti dalam Pakatan Harapan (PH) sudah membuat ketetapan dan perjanjian yang memilih Anwar menggantikan Dr Mahathir.

“(Ada) perjanjian yang mengikat semua parti dalam PH, ia mengikat dari proses peralihan daripada Perdana Menteri (Dr Mahathir) yang dipilih kepada Anwar Ibrahim.

“Kenyataan ini dikeluarkan oleh bukan saja oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu tetapi juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” katanya pada pembentangan Seminar Gerakan Islam dan Perubahan Politik sempena Muktamad Nasional WADAH ke-12 di Pusat Konvensyen Bangi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta mengenai keputusan Anwar mahu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Selain Nurul Izzah, pembentangan seminar itu turut disertai Timbalan Presiden WADAH, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dan Timbalan Presiden Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan, Amidi Abd Manan sebagai ahli panel.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, segala keputusan atau tindakan yang dilakukan pemimpin PH, perlu kembali kepada perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

“Sering saya katakan bahawa tiada masa yang lebih sesuai dan tidak ada yang sempurna dalam apa yang kita lakukan. Mengambil kira tempoh 20 tahun ini, berkali-kali Anwar dipenjarakan dan dinafikan untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Saya masih ingat saat meraikan kemenangan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 2014, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi ADUN, tetapi saya juga tahu akhirnya Anwar tidak dapat pegang jawatan itu.

“Kita hanya mampu berdoa dan berusaha kerana susah tentu sentimen dan kebimbangan rakyat, perlu kita ambil kira terlebih dulu,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");