Jenayah

Suspek Kes Bunuh Ibu Direman

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, membenarkan suspek kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dihumban ke dalam tangki najis di Jalan Sungai Burung di sini, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes terbabit.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati, berkuat kuasa hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang dikenali dengan jolokan Bro Chik itu kelihatan tenang ketika hadir ke mahkamah dengan memakai baju lokap dan diiringi pegawai polis, pada jam 9 pagi tadi lapor Berita Harian.

Semalam, lelaki berusia 29 tahun yang menjadi suspek kes pembunuhan Faridah Mat Hashim itu ditahan pihak polis di hadapan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya di Jalan Air Putih di sini, pada jam 8.45 pagi.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga anak bongsu kepada mangsa mengaku menusuk pisau pemotong sayur pada bahagian leher, sebelum mengelar leher ibunya selepas kedua-dua mereka bertengkar di dapur kediamannya, pada 19 September lalu.

Ketika kejadian, suspek juga dilapor di bawah pengaruh petrol dan mengaku menolak penutup simen tangki kumbahan serta meletakkan mangsa ke dalam ruangan berkenaan, dengan kejadian itu dikatakan dilakukannya sendiri.

Mayat Faridah kemudian ditemui Ahad lalu, selepas mangsa dilaporkan hilang hampir seminggu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");