Membawang Hari Ini

ALLAH Duga Tapi Ada Kegembiraan: Haziq Hussni

HAZIQ Hussni, meluahkan rasa kegembiraannya di Instagram miliknya apabila berjaya membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular, pada Ahad lalu.

Pada masa sama, Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 26, sedang berdepan dengan ujian dan dugaan tuhan kerana anak kedua perempuannya, iaitu Chayra Auliya sedang menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Tawakkal.

“Rezeki tak pernah salah alamat. Dalam dugaan yang ALLAH berikan, ada kegembiraan yang ALLAH nak selitkan. Alhamdulillah. TQ for always pray for me,” ucapnya memetik sumber Sinar Harian.

Menerusi coretan Haziq pada Jumaat lalu, anak keduanya itu masih lagi dalam rawatan rapi pihak hospital.

Malah isterinya, Ayunda Putri juga sedang berpantang.

“Day 4 – Chayra still batuk kuat, kahak banyak lagi, sampai lebam mata dia tahan batuk tu. Adoi sayanggg.

“Awat sampai macam tu kena kuarantin, 24hrs kena monitor oxigen & heartbeat. Mama kena stay hospital lagi la cite dia. Stay strong @ayundaputrii.

“Dah la tengah pantang. Kita jaga Chayra sama-sama sampai sihat. Semoga doa kita hari jumaat ni makbul #PincessChayra @heidy.chayra,” coret Haziq.

Pasangan itu, mendirikan rumah tangga pada Julai 2016. Merek dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Heidy Nufael yang kini berusia setahun tujuh bulan, manakala Chayra berusia sebulan lebih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");