Perak Hari Ini

Perak Catat Penurunan Kes Denggi

IPOH: Sehingga 6 Oktober lalu, Perak berjaya mencatatkan penurunan kes dan kematian akibat wabak denggi berbanding pada 2017, dalam tempoh sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Hal Ehwal Pengguna,Masyarakat Sivil,Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri, A.Sivanesan berkata kes denggi berjaya mencatatkan penurunan sebanyak 55.6 peratus.

Jelasnya, sebanyak 4,887 kes wabak denggi dicatatkan tahun lalu 2,169 kes sahaja tahun ini.

Katanya lagi, bagi kes kematian akibat wabak tersebut, sebanyak lima kes yang telah dilaporkan setakat ini, berbanding 11 kematian, untuk tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Dari pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, antara tempat utama yang menjadi punca pembiakan nyamuk aedes adalah di kawasan tempat pembuangan samha, tanah kosong, tapak binaan, taman rekreasi dan tempat tumpuan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Dalam sidang media sama, Sivanesan turut mengumumkan bahawa Taman Bersatu, Kampung Boyan, di Taiping merupakan kawasan titik panas ataupun hotspot demam denggi yang sedang dipantau.

Ujarnya, sebanyak 21 kes denggi dilaporkan di sekitar taman perumahan tersebut sejak 27 Julai lalu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia merupakan antara kes denggi yang serius buat masa ini di Perak.

“Kita sudah arahkan pihak berkuasa tempatan di situ supaya menyediakan satu laporan untuk diambil tindakan.

“Kita juga berkemungkinan akan membuat lawatan dalam masa terdekat ke situ untuk kita memastikan sama ada ianya masih selamat didiami, keperluan untuk pangsapuri itu dirobohkan ataupun terdapat alternatif lain yang mampu mengawal wabak denggi di situ,” katanya.

Beliau juga difahamkan bahawa pembiakan nyamuk aedes di situ turut berpunca daripada unit-unit rumah yang kosong serta warga-warga asing yang mendiami pangsapuri itu yang tidak mementingkan aspek kebersihan persekitaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");