Perak Hari Ini

Ops Jihad Dadah: 44 Orang Ditahan

TAIPING:Seramai 44 orang ditahan dalam operasi bersepadu Ops Jihad Dadah yang diadakan di kawasan Trong,disini,pagi tadi.

Penahanan tersebut melibatkan dua warga asing, enam pengedar dadah dan tiga wanita dalam operasi yang dilakukan pada jam 3.00 hingga 11 pagi.

Operasi berkenaan telah melibatkan 84 anggota polis dan 15 anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata pihaknya berjaya merampas 20 gram dadah jenis heroin bernilai RM 1, 100 dan syabu bernilai RM100.

Menurutnya, kesemua yang ditahan iaitu 41 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungsn 33 tahun hingga 52 tahun.

“Dalam ops hari ini yang dibuat dibeberapa lokasi target sekitar Trong, pihak polis dengan kerjasama AADK berjaya menahan 41 lelaki dan tiga wanita termasuk dua lelaki warganegara Pakistan dan Indonesia.

“Kebanyakan yang ditahan merupakan pekerja kampung dan antara tangkapan terbanyak yang dibuat adalah di kawasan dapur arang iaitu 18 pekerja.

“Kesemua yang diakan ditahan akan reman bagi membolehkaj siasatan dibuat mengikut Seksyen 39 B, Seksyen 39 A, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 39(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952”, katanya dalam sidang media di Balai Polis Trong dekat sini hari ini.

Mohamad berkata ops ini merupakan satu kejayaan bermakna berikutan pertama kali dilancarkan dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Bagi memastikan gejala di daerah ini dibendung habis-habisan, saya telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tersendiri iaitu setiap balai yang terdapat didaerah ini iaitu 10 balai, perlu melaporkan tiga kes dadah seminggu.

“Selain itu satu kumpulan WhatsApp diwujudkan diantara pemimpin tempatan bagi membolehkan mereka memantau sebarang salah laku di kawasan perkampungan mereka supaya mereka boleh terus menyalurkan maklumat terus kepada pihak polis.

Sementara itu, Pengerusi Pemadan memerangkap Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Mohamed Akmal Dahalan, berkata Operasi Jihad Dadah yang pertama kali diwujudkan ini merangkumi empat kriteria utama itu bertujuan membasmi gejala penyalahgunaan dadah, mengurangkan perasaan takut di kalangan pemimpin tempatan, program strategi secara besar-besaran terutama pencegahan penagihan dadah, mencegah jenayah pecah rumah dan ragut dan meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");