Perak Hari Ini

Galak Lebih Ramai Masyarakat Cina Serta Askar Wataniah

IPOH:Seramai 32 calon telah mendaftar sebagai aggota Sukarela Askar Wataniah Malaysia (AW) dan 29 daripada mereka adalah daripada masyarakat Cina.

Toh Muda Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Datuk Meor Redwan Mahayudin, berkata penyertaan untuk berkhidmat sebagai AW amat digalakkan dan terbuka kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latarbelakang kaum.

“Pihak kami amat menggalakkan penyertaan dari semua pihak kerana rata-rata kurang tahap kesedaran terhadap keselamatan negara.

“Pentingnya setelah terlibat dengan AW, mereka perlu mengamalkan gaya hidup baru yang lebih berdisiplin dan berprotokol, malahan perlu mendukung prinsip rukun negara serta mempunyai sikap patriotik yang tinggi,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis pengambilan Askar Wataniah di Pusat Perbutan Angkatan Tentera Malaysia Ipoh hari ini.

Katanya, AW adalah suatu angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain dan merupakan Angkatan Sukarela atau Askar Simpanan Tentera Darat yang bersama-sama Tentera Darat dalam mempertahankan negara.

Jelas Meor, walaupun ramai yang mendaftar, pihak kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlebih dahulu akan menjalankan saringan kesihatan bagi memastikan calon yang datang benar-benar layak.

“Pemeriksaan saringan keselamatan daripada pihak polis juga dilakukan bagi memastikan calon yang datang mendaftar bebas daripada sebarang jenayah atau tuduhan pihak berkuasa,” katanya.

Pengerusi Kelab Askar Wataniah Negeri Perak, Mejar (Kehormat) David Choi Kok Wai turut mengulas kehadiran calon pada hari ini adalah berdasarkan kepada kualiti melebihi kuantitinya.

Menurut David, kuota terhadap pengambilan tidak terhad dan akan diterima oleh pihak ATM serta AW kecuali kes tertentu seperti keadaan fizikal yang kurang baik.

“Masih ramai tidak mengetahui tentang AW terutama masyarakat Cina kerana mereka kurang mendapat maklumat dan pendedahan tentang pengambilan askar,” katanya.

Malah tambahnya pengambilan AW baharu memberi terutamaan kepada bukan Islam yang akan dijalankan pada bulan Februari tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");