Panasnya Hari Ini

Kenyataan Nizar Semakin Mendabik Dada

Selepas gagal menjadi Menteri Besar Perak, ekoran konflik politik pada 2008, nampaknya Nizar Jamaluddin masih lagi mengharapkan jawatan itu. Malah kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, seolah-olah menunjukkan Perak adalah negeri yang mundur dek kerana tidak ditadbir oleh beliau.

Bertalu-talu, rakyat Perak menghantar ‘Private Message’ pada kami berkaitan pemimpin yang mereka kira begitu meroyan dan terdesak menginginkan jawatan tertinggi negeri.

Malah, ada yang menyatakan segala yang terjadi di Perak ada sesuatu yang tidak bagus dan ia akan hanya menjadi hebat selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar.

Begitu besar keinginan Nizar terhadap ‘title’ Menteri Besar itu. Lebih teruk, sekarang ini, walau sebagai EXCO Nizar semakin mendabik dada.

Terbaru, kenyataan beliau di akhbar the star seolah-olah menyatakan kedatangan pelabur di Perak adalah kerana kehebatan beliau.

Wah. Siapakah Nizar dimata dunia ya?

Kadang-kadang, ada pemipin syok sendiri pun payah. Dia lupa agaknya siapa Perdana Menteri kita sekarang. Bukan calang-calang orangnya.

Kedatangan pelabur, bukan sahaja di negeri Perak malah di setiap negeri di Malaysia adalah disebabkan kepercayaan mereka terhadap Tun Mahathir.

Siapa sangat Nizar ni, yang dia nak perasan semuanya atas jasa dia. Mungkin dia rasa hanya dia sahaja yang hebat dan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu hanya duduk goyang kaki.

Atau mungkin juga Nizar terlupa, yang mengkucar kacir kan politik di Perak juga adalah dia sendiri. Selepas Selangor dan Penang dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tidak ada pula konflik politik.

Malah, peralihan kuasa berlaku dengan aman tanpa sebarang drama. Namun di Perak, ada sahaja gerakan-gerakan tertentu dan sehingga kini juga difahamkan Nizar antara individu terlibat untuk menjatuhkan Ahmad Faizal. Dia kan nak sangat jadi MB Perak.

Lama betul Nizar nak ambil masa, untuk adapt dengan hakikat sebenar bahawa pembangunan di Perak wujud hasil gabungan mantap pemimpin tertinggi Peja dan Tun M.

Gabungan Ahmad Faizal dan Tun Mahathir ternyata menyebabkan Perak semakin berkembang pesat. Tak perlu dicanang-canang apa yang dilakukan kerana itu memang tanggungjawab kedua-dua pemimpin ini untuk memastikan Malaysia dan Perak terus maju.

Yang suka sibuk mencanang kehebatan tak seberapa ni, Nizar sahaja.

Ada juga, dikalangan rakyat Perak yang menyatakan Nizar kenyataan yang dikeluarkan Nizar semakin bongkak.

Diharapkan Nizar, cukup-cukuplah mengeluarkan kenyataan mendabik dada dan sebaliknya terus membuat kerja sebagai exco. Hentikanlah angan-angan nak jadi MB.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");