Perak Hari Ini

Misteri Bunyi Dentuman: JMG Nafi Letupan Aktiviti Kuari

IPOH – Insiden bunyi letupan kuari yang di dengari oleh orang ramai pada Khamis lalu kekal misteri selepas Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak menafikan kejadian itu berpunca dari aktiviti kuari di negeri berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Zukni Ahmad Khalil, berkata kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 11 pagi dimana ia diluar tempoh aktiviti letupan kuari yang ditetapkan iaitu dari jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.

Jelas beliau lagi, susulan dari kejadian itu, pihak JMG telah melakukan lawatan ke kawasan kuari di Simpang Pulai bagi menyiasat kesahihan bunyi dentuman sekiranya ia berpunca dari aktiviti kuari.

“Hasil siasatan JMG ke tapak kuari di kawasan Simpang Pulai, bunyi dentuman misteri yang didengari oleh orang ramai bukanlah disebabkan oleh aktiviti pengkuarian.

“Tiada kata putus tentang kejadian yang berlaku itu kerana bunyi dentuman yang didengari adalah sekitar 11.15 pagi iaitu diluar waktu yang ditetapkan pihak kerajaan negeri.

“Sehubungan itu, kita menafikan kewujudan bunyi dentuman berkenaan adalah disebabkan aktiviti kuari” katanya pada sidang media di Pejabat JMG, disini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Perlombongan Bumiputera, Datuk Musa Nordin turut menafikan berita yang tersebar di media sosial dan selain menganggap ia masih misteri.

“Aktiviti kuari di Perak tertakluk kepada undang-undang yang sangat ketat terutama dalam aspek letupan di tapak kuari.

“Berita yang viral di media sosial menyatakan, bunyi dentuman berkenaan boleh di dengar dalam kawasan radius yang sangat luas dan sekiranya pihak kuari menggunakan bahan letupan yang kuat maka ia bukan sahaja boleh memberi kesan kepada tapak kuari itu semata-mata sebaliknya Bandar Ipoh juga boleh ranap.

“Industri kuari sendiri mempunyai SOP yang ketat untuk mendapatkan kelulusan daripada pelbagai pihak sehingga melibatkan pihak polis sebelum aktiviti membedil dilakukan sebab itu kita menafikan kejadian itu berpunca dari aktiviti kuari,” katanya.

Terdahulu, misteri bunyi kuat kedengaran di kebanyakan bahagian di bandar Ipoh, menjadi tanda tanya penduduk tempatan berikutan bisingnya seperti bunyi letupan, didengari pada pukul 11.20 pagi.

Kebisingan itu didengari penduduk tempatan di Tambun, Ipoh Garden, Old Town dan di Station 18, malah penduduk setempat di Tambun dan Ipoh Garden turut memberitahu merasai gegaran semasa insiden berlaku.

Orang awam membuat spekulasi mengenai dari mana datangnya bunyi bising itu, dengan sebahagiannya percaya ia adalah ujian bom oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kemalangan di kawasan pembinaan atau gempa susulan letusan gunung berasi di Indonesia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");