Berita Hari Ini

Pendapat Anak Muda, Tak Guna Naikkan Had Umur Beli Alkohol

PETALING JAYA: Peningkatan had umur untuk membeli minuman beralkohol tetap tidak membawa apa-apa makna, ujar segelintir golongan muda sewaktu diminta mengulas mengenai hal itu.

Cason Ang, 18, berkata, ia tidak berguna kerana kebanyakan peniaga sendiri tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Had usia untuk kebanyakan perkara ialah 18 tahun, dan kamu seorang dewasa. Apa yang membezakan alkohol dengan perkara lain?,” ujarnya.

“Jika undang-undang tak membenarkan pembelian alkohol untuk golongan 18 tahun, mereka mungkin menggunakan alternatif lain yang lebih bahaya,” ujar Jocelyn Tan Hui Mei pula.

Malah, ramai yang beranggapan had umur sebelum ini juga tidak pernah dipatuhi.

“Undang-undang sentiasa sama, sama ada 18 atau 21 tahun, tetapi mereka masih ada akses untuk minum kerana undang-undang tidak dikuatkuasakan,” ujar usahawan muda, Caroline Joy.

Pelajar jurusan hospitaliti, Joyce Pek Yi, 19, pula berkata, kebanyakan pelajar sekolah turut mengunjungi kelab malam dan membeli minuman beralkohol tanpa sekatan daripada sesiapa.

Seorang lagi pelajar, Nur Faten Hennyra Joevani berpendapat bahawa pendidikan mengenai risiko arak lebih efektif berbanding meningkatkan had usia pembelian.

“Ia satu langkah yang bagus oleh kerajaan, saya tak nafikan itu.

“Namun, sama seperti pendidikan seks. Golongan muda perlu diajar mengenai kesan buruknya. Malah, kerajaan sendiri yang membenarkan penjualan, jadi kedua-dua pihak perlu bertanggungjawab,” katanya.

Pereka grafik sambilan, Adelle Adrian, 20, pula berkata, segalanya terletak pada sifat dan rasa tanggungjawab yang patut dimulakan dari rumah.

“Mereka perlu diajar mengenai tanggungjawab dalam pengambilan alkohol, bukannya dinaikkan had umur pembelian,” ujarnya kepada TStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");