Perak Hari Ini

Persiapan Sukan Para SUKMA Lancar, Tumpuan Pada Pemilihan Venue

IPOH:Persiapan bagi pengajuran Sukan Para SUKMA sedang giat dijalankan biarpun tarikh pengajuran telah dianjakkan ke satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee dalam satu sidang media di sini hari ini berkata setakat ini tumpuan kini adalah memberi penumpuan terhadap lokasi venue acara yang bersesuaian dengan kesemua acara yang bakal dipertandingkan.

“Sekarang ini kita mahu pastikan penumpuan terhadap venue yang sesuai supaya tidak menajdi beban kepada pihak pengajur,” katanya selepas merasmikan hari Sukan Negara di Kompleks Belia Sukan hari ini.

Katanya lagi, persiapan daripada segi latihan atlet telah berlangsung dan beberapa siri pertemuan bersama para atlet dan jurulatih telah diadakan.

“Setakat ini mengikut laporan dibentangkan Jabatan Belia Sukan dan sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) persiapan berjalan dengan lancar dan kita akan umumkan kelak tarikh yang sesuai bagi pengajuran sukan Para Sukma,” katanya.

Terdahulu Sukan Para SUKMA dan dijadual berlangsung pada 21 hingga 28 Oktober ini di Perak, akan dianjakkan ke satu tarikh yang baru sekitar hujung November dan awal Disember ini.

Katanya lagi, pastinya sasaran untuk menjadi juara keseluruhan pada Sukan Para Sukma dan harapan tinggi diletakkan kepada atlet negeri yang bakal berentap dengan barisan atlet dari seluruh negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");