Jenayah

Rasuah: Tiga Individu Direman Enam Hari

JOHOR BAHRU – Tiga individu dipercayai terlibat kes tuntutan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri ini diperintahkan menjalani tahanan reman selama enam hari.

Perintah yang bermula semalam itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Mohammad Salehudin Abd Sani.

Mohammad Salehudin benarkan tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dijalankan.

Kelmarin, SPRM Johor menahan seorang pengarah urusan bergelar Datuk dan enam pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta untu bantu siasatan berhubung tuntutan palsu penyelenggaraan jalan.

Siasatan mendapati suspek terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita itu buat tuntutan palsu berkaitan kerja penyelenggaraan jalan kampung di sekitar Johor dari 2014 hingga sekarang sedangkan kerja terbabit tak dilaksanakan.

Jumlah kos penyelenggaraan babit wang bernilai RM50 juta hingga RM70 juta setahun manakala anggaran tuntutan palsu bagi tahun ini babit nilai RM2 juta.

Mereka berusia antara 30 hingga 60-an daripada syarikat sama ditahan di Pejabat SPRM Johor jam 9 malam kelmarin, bagi bantu siasatan yang sedang dijalankan lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");