Berita Hari Ini

7 Penambahbaikan Pendidikan, Sekolah Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Dalam usaha penambahbaikan dan perubahan ke arah lebih baik, Kementerian Pendidikan merangka beberapa usaha yang akan dicapai tahun depan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik dalam hantaran terbaharu menerusi akaun Twitternya hari ini, menjelaskan sebanyak tujuh perubahan bakal dilakukan di sekolah di seluruh negara pada 2019 ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, antara tujuh perubahan itu, katanya, kerajaan melalui kementerian beliau akan menyelesaikan masalah sekolah daif secara signifikan.

Katanya, mulai tahun depan juga tidak ada lagi tugas pengkeranian guru yang membebankan dan peperiksaan Tahap 1 bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 akan dimansuhkan serta diganti dengan pentaksiran alternatif.

“Perubahan keempat ialah penekanan kepada pendidikan berteraskan nilai, diikuti sarapan dan bantuan kepada murid B40, manakala kanak-kanak tanpa dokumen boleh mula bersekolah dan tidak ada lagi pembahagian kelas mengikut kelas pandai atau kelas kurang pandai,” katanya.

Beliau berharap tujuh perubahan itu benar-benar berlaku dan memberi ruang kepada guru untuk menumpukan kepada pembelajaran dan pemudahcaraan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");