Perak Hari Ini

Adun Pembangkang Protes Keluar Dewan Kerana Speaker Dewan Berat Sebelah

IPOH:Adun parti pembangkang (Barisan Nasional) bertindak meninggalkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham didakwa mengeluarkan kenyataan berat sebelah pada sesi perbahasan ketua pembangkang Datuk Saarani Mohamad.

Terdahulu Ngeh Koo Ham telah bertindak membalas kenyataan Adun Kota Tampan dengan mengulangi isu rampasan kuasa pada tahun 2009.

Kenyataan speaker DUN telah mengudang kemarahan parti pembangkang dan menempelak speaker DUN tersebut kerana bersikap tidak adil semasa bersidang.

Adun Kota Tampan terdahulu telah mengucapkan tahniah kepada Speaker menjadi Ahli Parlimen paling kaya namun kenyataan itu dibalas oleh Ngeh Koo Ham dengan kenyataan yang dilihat seperti berat sebelah.

“Mungkin rakyat Negeri Perak akan lebih kaya jika tiada rampasan kuasa pada tahun 2009 segala tenaga saya 10 tahun ini akan berbakti pada rakyat negeri tetapi tidak berpeluang,” katanya sebagai penjelasan menjawab kenyataan Saarani mengundang kemarahan adun pembangkang dan bertindak keluar dari dewan sebagai tanda protes.

Sementara itu, Saarani dalam satu sidang media menegaskan tindakan keluar dewan itu adalah tanda protes terhadap speaker yang tidak sepatutnya menunjukkan ketidakadilan cenderung kepada mana-mana pihak.

“Speakar Dewan Rakyat amalannya adalah melepaskan semua jawatan politik untuk dilihat dia bukan sahaja adil dan kelihatan adil jadi tak boleh menyampuk mana-mana pihak.

“Tetapi lihat sahaja karakter speaker kita sudah tegur tetapi sekarang nampak menjadi-jadi, kita nak bahas dia turut sama nak membahas sama,” katanya.

Katanya seorang speaker dewan perlu bersikap berkecuali dan jangan menunjukkan ‘belangnya’.

“Kesemua Adun BN hanya bersetuju untuk protes keluar dewan sekejap sahaja kerana kita diamanahkan rakyat duduk di dalam dewan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");