Perak Hari Ini

BN Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang- Howard

IPOH: UMNO dan PAS bukan sahaja ketandusan isu, malahan terdesak sehingga sanggup memfitnah dan membuat tomahan tidak berasas.

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How menjelaskan pihak pembangkang gagal sebagai kerajaan walaupun telah lama memegang tampuk kuasa malahan turut gagal sebagai pembangkang.

“Pada hari ini, mereka berkewajipan untuk memberikan jalan penyelesaian kepada masalah dalam institusi kerajaan dan bukannya memainkan isu politik dengan cara memfitnah dan melemparkan tomahan sehingga mampu menyahstabilkan kerajaan yang sedia ada.

“Sekarang adalah waktu dimana rakyat telah membuat keputusan dan memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana masalah rakyat sekarang adalah agenda dan fokus yang paling utama,”katanya dalam satu sidang media di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di sini hari ini.

Berhubung dengan kenyataan dibuat oleh Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mendakwa terdapat EXCO yang menawarkan supaya memberi bantuan dalam usaha menyokong usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tambah Howard, teknik yang mereka gunakan sama seperti tahun 2009 yang lalu dimana mereka menggunakan gelagat rampasan kuasa untuk merampas kuasa untuk memberi dedak telah mendedahkan bahawa tindakan mereka adalah sangat rakus.

Howard mengulas lagi, pada saat ini kerajaan sedang mengusahakan satu pelan pembaikkan bagi membaikpulih keadaan negara akibat daripada kerakusan pemerintahan yang lepas.

“Sabarlah UMNO, sabarlah Barisan Nasional, sabarlah PAS.

“Sekiranya kerajaan kini gagal dalam mentadbir negara dalam 5 tahun akan datang, cubalah dapatkan kembali sokongan rakyat dan berilah kehormatan kepada rakyat kerana rakyat telah membuat keputusan.”katanya.

Selain itu, beliau turut mengulas isu percanggahan pendapat dalam kalangan kepimpinan baharu ini yang mana dilihat menjadi senjata kepada pihak pembangkang.

“Cara UMNO terdahulu adalah angguk dan tunduk bagi setiap keputusan, sekarang kita berada di dalam malaysia Baharu, semua berpeluang untuk menyumbangkan idea tersendiri.

“Sebelum keputusan dibuat, semua orang berhak menyuarakan pendapat mereka kerana tiada keputusan mutlat yang telah dicapai,”katanya

Jelas Howard, perkara itu bukan percanggahan pendapat tetapi perbezaan antara kenyataan sekarang dan kenyataan akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");