Berita Hari Ini

Jho Low Gugur Tuntutan Terhadap Hotel Park Lane New York Untuk Mudahkan Jualannya

Jho Low telah bersetuju untuk menarik balik tuntutan ke atas Hotel Park Lane di New York untuk memudahkan penjualannya kepada firma dana negara Abu Dhabi, Mubadala, sebagai sebahagian daripada saman tuntutan perlucutan hak oleh AS.

Jurucakap Low bekat keputusan untuk menarik balik tuntutannya dibuat selepas rundingan panjang dan berjaya yang direstui DOJ dan syarikat Mubadala milik kerajaan Abu Dhabi.

“… Tuntutan dalam prosiding sivil berkaitan dengan Hotal Park Lane di New York akan menyaksikan penarikan balik tuntutan mereka ke atas hartanay itu, telah membuka laluan untuk mempercepatkan jaualan hotel itu kepada syarikat Mubadala milik Abu Dhabi dan pelabur lain.

“Low bersetuju dengan prospektif tindakan oleh pihak-pihak dalam prosiding ini, yang merupakan langkah penting ke arah memastikan jualan segera,” kata jurucakap itu dalam kenyataan yang dihantar pagi ini.

Hotel ini merupakan salah satu aset yang dituntut oleh DOJ sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menuntut kembali wang yang didakwanya pengubahan wang haram adri 1MDB.

Menurut laporan Bloomberg, syarikat perantara memegang kepentingan Low dalam hotel itu telah menyatkan dalam satu pemfailan di mahkamah persekutuan Los Angeles semalam bahawa mereka akan menarik balik tuntutan mereka.

Jurucakap itu menambah bahawa pihak berkuasa dan kerajaan AS memahami bahawa Low tidak membuat pengakuan salah laku atau liabiliti dalam menggugurkan tuntutannya ke atas hotel Park Lane.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");