Perak Hari Ini

PAFA Pamerkan Trofi Piala Malaysia Pada Umum

IPOH: Para peminat dan penyokong sukan bola sepak Perak berpeluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat trofi Piala Malaysia yang bakal dipamerkan di Pasaraya Mydin, Meru Raya, di sini pada 17 dan 18 November ini.

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dalam satu kenyataan, hari ini berkata, ia bakal dipamerkan bermula pada jam 11 pagi sehingga 6 petang.

Inisiatif tersebut dilakukan selepas ianya sempurna dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Acara Larian Hari Keputeraan Baginda di Kuala Kangsar, Ahad lalu.

Kenyataan tersebut turut menyebut, Setiausaha Agung badan induk itu, Abd Aziz Yeop Jamaluddin berkata selain dipamerkan, para peminat bola sepak Perak juga berpeluang untuk bergambar bersama-sama trofi tersebut.

Katanya lagi, mereka juga bakal berpeluang untuk bertemu dengan barisan pemain skuad The Bos Gaurus pada sekitar jam 11 hingga 12 tengah hari, dalam program yang sama.

“Pameran ini juga merupakan satu penghormatan dan sekaligus menunjukkan sukan bola sepak telah berjaya menembusi sempadan sosial dan budaya kerana saya yakin peminat sukan ini datang daripada pelbagai latar belakang.

“Kita harap pameran ini juga akan beri suntikan kepada peminat untuk terus memberikan sokongan penuh kepada pasukan negeri pada musim baharu akan datang,” ujarnya.

Pasukan bola sepak Perak menamatkan penantian 18 tahun untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas berjaya menumpaskan pasukan Terengganu FC di Stadium Shah Alam, Selangor, 27 Oktober lalu.

Skuad The Bos Gaurus mengatasi skuad Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 sesudah terikat 3-3 selepas masa tambahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");