Berita Hari Ini

Saya Masih Selamat – Dr Maszlee

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mempertahankan kedudukannya ‘masih selamat’ sebagai Menteri Pendidikan, sekali gus menafikan khabar angin rombakan Kabinet membabitkan namanya.

Beliau mendakwa kontroversi itu sengaja direka parti pembangkang bagi mengalihkan kes siasatan terhadap beberapa bekas anggota Kabinet sebelum ini.

“Saya percaya khabar angin ini ditimbulkan atas taktik kotor pihak pembangkang bagi mengalihkan perhatian daripada siasatan ke atas beberapa bekas menteri.

“Saya masih selamat sebagai Menteri Pendidikan dan akan meneruskan perjuangan untuk mengubah minda rakyat supaya budaya kerja yang lebih baik dapat diwujudkan,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, katanya, Perdana Menteri meminta beliau merombak kokurikulum pelajaran.

Maszlee berkata, perkara sedemikian memerlukan komitmen empat tahun, maka agak tidak munasabah untuk Kabinet dirombak membabitkan

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai hanya menerima sumber berita sahih membabitkan rombakan Kabinet.

Laporan sebuah portal sebelum ini mendakwa Dr Mahathir akan melakukan rombakan Kabinet bulan depan kerana tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Semalam, Maszlee mengumumkan untuk melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas istiadat konvokesyen UIAM berakhir dan proses pelantikan penggantinya selesai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");