Berita Hari Ini

SPRM Teliti Pertambahan Aset Ahli Parlimen PH Selepas Setahun

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin meneliti aset Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sekiranya berlaku kenaikan secara tiba-tiba setahun selepas mereka membuat pengisytiharan aset.

Dipetik portal tempatan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata jumlah harta yang diisytiharkan setakat ini tidak menjadi isu buat agensi itu.

“Apa yang penting adalah aset yang dimiliki anggota Parlimen dalam tempoh setahun daripada sekarang dan ahli-ahli politik bersikap telus dengan gaji dan harta yang diisytiharkan.

“Sebarang aset atau harta yang mereka miliki sekarang bukan masalah tetapi kami akan bandingkan apa yang mereka ada dalam tempoh setahun nanti, kita akan tengok sama ada terdapat kenaikan mendadak atau sebaliknya.

“Kita akan teliti isu ini,” katanya memetik laporan Berita Harian

Sementara itu, beliau berkata SPRM hanya menyediakan satu platform untuk memaparkan jumlah pengisytiharan harta pemimpin PH buat masa ini kerana tidak ada undang-undang atau peruntukan spesifik berhubung pengisytiharan berkenaan.

“Aset seseorang menteri, timbalan menteri dan penggubal undang-undang tidak akan didedahkan kepada umum sekiranya mereka hanya mengemukakan pengisytiharan berkenaan kepada Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) sahaja.

“SPRM hanya akan memperoleh maklumat sekiranya GIACC menyerahkan butiran aset kepada kita.

“Ada timbalan menteri bertanya mengapa jumlah aset beliau tidak dipaparkan kepada umum walaupun beliau sudah lama menghantar borang pengisytiharan harta kepada GIACC.

“Dalam kes ini, beliau hantar borang kepada GIACC, maka bukan menjadi tanggungjawab kami untuk mendapatkan maklumat itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");