Jenayah

3 Daripada 7 Suspek Kejadian Tikam Ditahan

TAWAU: Polis menahan tiga daripada tujuh suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian seorang lelaki ditikam dan dibelasah, di Jalan Merdeka 3, dekat sini, awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata tiga saspek itu termasuk seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) masing-masing berumur antara 28 hingga 39 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada suspek yang tidak berpuashati dengan rakan mangsa yang dipercayai merosakkan kereta salah seorang suspek pada malam sebelum kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis sedang giat mengesan empat lagi suspek yang masih bebas,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun ditikam di perut kanan selain luka di bahagian perut kiri serta pipi kiri, selepas dibelasah tujuh lelaki.

Seorang daripada suspek menggunakan motosikal 125Z biru dengan nombor pendaftaran ST 5262 W atas nama lelaki beralamat di Kampung Sri Titingan E-2/3 Jalan Damai, Tawau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");