Perak Hari Ini

Anjur Kejohanan Futsal Untuk Ayah

IPOH:Sebanyak 40 pasukan bakal menyertai kejohanan futsal yang julung kali dianjurkan anak bekas ikon bola sepak negara, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Kejohanan futsal bersempena mengimbau kenangan Raja Ahmad Zainuddin itu akan diadakan di Pro Sports Gunung Rapat pada 30 Disember depan.

Pengarah Fyra Fazil Enterprise yang juga penganjur kejohanan, Raja Nur Dzafirah Raja Ahmad Zainuddin berkata, piala kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan masyarakat dengan penggemar sukan setempat sekali gus memberi penghormatan kepada arwah ayahnya.

“Arwah ayah dulu memang minat sungguh dengan bola sepak, jiwa raganya memang untuk bola sepak baik untuk Perak mahupun negara, dia sayangkan dunia sukannya.

“Jadi kami terpanggil untuk anjurkan pertandingan futsal terbuka bagi meneruskan ‘perjuangan’ arwah ayah yang cukup gemarkan bola sepak, itu sebab kejohanan ini kita buat piala pusingan sempena nama beliau,” katanya.

Mengulas lanjut, Raja Nur Dzafirah menambah, juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala pusingan, naib juara RM1, 000 dan tempat ketiga dan keempat RM500.

“Pertandingan akan bermula jam lapan pagi dan bekas pemain kebangsaan dijangka akan hadir sebagai perasmi kejohanan.

“Kita tetapkan yuran RM180 untuk setiap pasukan yang bertanding dan antara syarat utama adalah pemain yang telah berdaftar dengan liga futsal kebangsaan tidak dibenarkan untuk bermain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");