Berita Hari Ini

Dr Abdul Aziz Bari Akan Dipanggil Dalam Masa Terdekat – SPRM

KUALA LUMPUR: Exco kerajaan negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dalam isu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, Abdul Aziz akan dipanggil untuk memberi keterangan kerana dikatakan mendapat tawaran jawatan dan sebagainya.

“Ya, pihak kami telah mendapat laporan daripada orang ramai.

“Setakat saya dimaklumkan SPRM Perak, kertas siasatan telah dibuka dan SPRM akan menjalankan siasatan.

“Kita kena dapatkan keterangan saksi-saksi dan tadi pegawai penyiasat memaklumkan dia akan panggil YB Abdul Aziz Bari secepat mungkin untuk mendapat penjelasan daripada beliau,” katanya lagi memetik sumber laporan Astro Awani.

Sebelum Ini, Abdul Aziz menafikan tuduhan beliau merupakan individu yang mahu menjatuhkan Ahmad Faizal.

Menurut Abdul Aziz, tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad merupakan gimik murahan dan tidak logik untuk dilaksanakan.

Abdul Aziz turut mencabar Saarani supaya menunggu sehingga habis Persidangan Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan berakhir esok sama ada berlaku atau tidak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");